Makanan Terbaik Untuk Kulit Cantik Berseri - Bahagian 1

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t

Hai3..siapa yang xnak kulit cantik berseri kan. Malahan ada yang sanggup mengeluarkan belanja mencecah ribuan untuk pelbagai produk atau pembedahan untuk mendapat kulit idaman. Hari ni kita nak tengok makanan yang boleh membantu menaikkan seri wajah gitu. 

1 . Buah Anggur :


Anggur adalah buah yang sarat dengan manfaat kesihatan, termasuk untuk kulit yang bersih. Sangat ideal untuk mengamalkan makan anggur merah beserta bijinya kerana dalam biji ini mengandung antioksidan kuat yang mampu mengurangi infeksi kulit. Vivix Shaklee turut diekstrak dari anggur tau.

2 . Brokoli :


Brokoli adalah sayuran no. 1 dalam daftar top sayuran tinggi nutrisi didunia.  Sayuran ini penuh dengan segala macam antioksidan dan vitamin  A, Vitamin C, Vitamin B kompleks, Vitamin K dan Vitamin E. Semua vitamin ini berperan yang sangat penting untuk menjaga kulit agar bersih dan bercahaya. Anda dapat memakannya dikukus atau mentah bersama dalam salad. Satu lagi manfaat brokoli, iaitu sangat rendah kalori.
Secara umum, semua sayuran tinggi nutrisi sehat, termasuk serat, antioksidan dan rendah kalori. Dan tentunya juga sangat baik untuk kesihatan, khususnya kulit yang bersih, berseri dan tegang. Jika anda kurang berminat pada sayur-sayuran, anda digalakkan untuk mengambil B-Complex Shaklee untuk memenuhi keperluan Vitamin B untuk badan anda.

3 . Beras merah :


Ketika kekurangan tenaga, beras merah adalah yang terbaik untuk dimakan. Ini kerana beras merah akan membuat anda merasa lebih kenyang dan dalam jangka waktu yang lebih lama. Selain manfaat gizi, ia juga terdiri dari magnesium, protein, vitamin B kompleks dan antioksidan – yang semua bermanfaat dalam menjaga kulit halus dan bebas noda.

4 . Aprikot :


Faktanya bahwa buah aprikot sarat dengan lemak baik, dan sangat popular dalam dunia diet. Buah ini juga mengandung vitamin C dan Vitamin E – yang keduanya berguna untuk menjaga kulit yang cerah, sempurna dan indah. Nak lebih mudah amalkan sebiji Vitamin C dan Vitamin E Shaklee setiap hari untuk pembentukan kolagen semulajadi dan mengurangkan bekas jerawat atau jeragat.

5 . Kacang dan biji-bijian :


Kacang tidak hanya terdiri dari berbagai macam jenis lemak sehat, tetapi juga mengandung selenium. Nutrisi ini paling penting, dan kebanyakan orang seringkali kekurangan nutrisi ini dalam makanan mereka. Kekurangan selenium dapat menghasilkan kulit bersisik dan jerawat. Kacang Brazil, biji labu, biji bunga matahari dan almond adalah snack sehat sempurna pada malam hari, karena berisi banyak kalium, tembaga , vitamin E dan zat besi. Namun perlu diperhatikan bahawa, kacang tidak perlu kebanyakan garam atau digoreng dengan banyak minyak.
{Sumber}


Nak lebih banyak info tentang makanan yang baik untuk kulit? Nantikan sambungan seterusnya tau pada bahagian 2 =)



Yunez Izzati
012-6720464SID Tip Top & Meletop!

Kenali Punca Lewat Hamil

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t


Ramai pasangan moden yang berkahwin tapi lambat dikurniakan cahaya mata. Malah begitu ramai pasangan di luar sana yang belum dikurniakan anak walaupun telah bertahun-tahun berumahtangga. Tanpa kita sedar, teknologi canggih serba moden boleh mempengaruhi kesuburan suami dan isteri. Malah, kepercayaan karut yang tidak berasaskan sains kesihatan turut merendahkan risiko tidaksubur di kalangan pasangan suami isteri.
Gambar ihsan Google


1. Pelincir yang SalahTahukah anda menggunakan pelincir yang salah semasa mengadakan hubungan intim boleh mengurangkan peluang untuk hamil? Semua gel pelincir boleh rosakkan sperma. Cara terbaik untuk baiki hubungan, tingkatkan pelincir semulajadi anda. Lakukan lebih banyak foreplay sebelum memulakan seks. Seterusnya lebih banyak pelincir semulajadi terhasil untuk bantu sperma terus hidup.

2. Simpanan sperma.Ada pasangan silap tanggapan bahawa dengan mengelakkan hubungan seks dalam masa sebulan dapat menjimatkan sperma. Ini adalah silap besar! Memang benar, jika simpan sperma, anda mungkin lebih banyak waktu diperlukan. Tetapi kebanyakan sperma sudah lemah dan lembap serta tidak mampu senyawakan telur wanita. Untuk hamil, sperma yang segar diperlukan.

3. Vitamin C.Sangat bagus untuk tingkatkan kesuburan. Ia boleh memperbaiki cecair serviks. Cecair ini berfungsi mengangkut sperma ke dalam serviks dan ke rahim. Tanpanya sperma tak mampu hidup lebih lama. Namun jangan ambil berlebihan sebab dikhuatiri akan  menyebabkan kekeringan serviks pula. Dinasihatkan ambil tidak lebih 1000mg vitamin C setiap hari.

4. Tekanan. Bila ada yang bertanya dan mengatakan “relaks la” ini sebenarnya akan menambah lagi tekanan. Lakukanlah terapi ketawa daripada paksa diri untuk bertenang. Tekanan boleh menyebabkan penghasilan ovumdan sperma yang tidak berkualiti.

5. Makanan. Wanita yang hamil tahu apa makanan yang patut dijauhi, tetapi wanita yang sedang cuba untuk hamil tidak tahu hal ini. Contohnya, jauhkan ikan yang mengandungi merkuri yang sangat tinggi namun jangan elak semua ikan kerana ada ikan yang yang kaya dengan protein, vitamin D dan asid lemak Omega-3 yang bagus.

6. Minuman berkafein.Ada kajian mengatakan secawan kopi sehari sudah cukup memgurangkan peluang sehingga 50% wanita untuk hamil dalam tempoh 12 bulan. Jadi, pengemar kopi sila ambil perhatian ya.

7. Ubat-ubatan yang mesti dijauhi orang lelaki.Ada ubat-ubatan yang biasa diambil oleh lelaki seperti ubat rawat ulser, masalah gastrik juga ubat tekanan darah tinggi ada kesan buruk pada pengeluaran sperma juga kesuburan. Amalkan vitamin lebih baik, contohnya zinc complex, C dan E yang mengandungi selenium.

{Sumber}

Tetapi jika anda tercari-cari suplemen yang sesuai untuk membantu meningkatkan peluang kesuburan jangan lupa cari zati ye.

Yunez Izzati012-6720464SID Tip Top & Meletop!

Gaya Hidup Mempengaruhi Peluang Kehamilan

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t

Jika masalah anda disebabkan oleh faktor biologi, suami isteri dinasihatkan supaya mendapatkan khidmat pakar perubatan dalam bidang reproduktif agar masalah anda berdua dapat diselesaikan secara medikal. Namun sekiranya anda berdua tiada masalah biologi, bermakna peluang untuk anda cepat dapat anak adalah cerah. Namun, anda mesti bersedia untuk mengubah cara hidup anda.

Bersenam
Bersenam bukan sahaja menyihatkan badan, malah memberi kesegaran minda. Badan yang sihat dan minda yang tenang boleh menurunkan paras stress dan meningkatkan hormon kesuburan anda.

Mengelakkan pencemaran
Mungkin kita tidak dapat lari dari pencemaran, terutama pencemaran udara. Anda boleh menghentikan diri dan keluarga dari menjadi punca dan mangsa pencemaran dengan mengamalkan ‘green-living’. Setidak-tidaknya dengan berhenti merokok.

Mengambil supplement (vitamin dan mineral) untuk menambah kesuburan
Kesuburan boleh ditingkatkan dengan pengambilan suplemen seperti multivitamin dan multimineral, B-complex, vitamin C, vitamin E, minyak ikan, zink dan alfalfa. Setiap vitamin ini menmpunyai fungsi berbeza, sama ada untuk mengoptimumkan tahap kesihatan suami dan isteri


Produk Shaklee Untuk Bantu Tingkatkan Kesuburan

  1. Vita-Lea: Kesuburan wanita banyak dipengaruhi oleh vitamin A. Jadi untuk cepat dapat anak, seorang wanita (lelaki juga) harus melengkapkan diri dengan mengambil multivitamin dan multimineral. Kenapa kena ambil multi? Kerana ia membekalkan vitamin dan mineral perlu dalam kehidupan kita sehari-hari, bagi memastikan kesihatan berada di tahap optimum. Mangan dan magnesium di dalam Vita-Lea juga dapat membantu ereksi bagi lelaki.
  2. B-Complex: Vitamin-vitamin B3, B6 dan B12 memainkan peranan penting dalam memulihkan tenaga (menukar makanan kepada tenaga). Penting bagi mereka yang hidup dalam keadaan sibuk, selepas kerja di pejabat yang memenatkan, anda memerlukan tenaga untuk bersama dengan suami / isteri. Vitamin B12 juga berperanan dalam memperbanyakkan sperma.
  3. Vita-C: Sebagai vitamin yang menjaga kesegaran sel, vitamin C juga berfungsi menghasilkan sel sperma yang sihat. Sperma yang tidak sihat, lembik, lembab akan menghadapi masalah untuk bersenyawa dengan sel ovum.
  4. Vita-E & Selenium: Bekerja bersama-sama dengan vitamin C sebagai anti-oksidan. Radikal bebas dalam tubuh mampu merosakkan sperma dan ovum. Jadi bagi menjaga kualiti sperma, seseorang lelaki harus mengambil vitamin E dalam kadar yang mencukupi. Selenium lengkap dalam Vita-E Shaklee, untuk membantu pergerakan sperma agar lebih tangkas dan bergaya.
  5. OmegaGuard: Omega-3 dan Omega-6 meningkatkan kelicinan pergerakan sperma bagi memudahkan persenyawaan. Turut membantu membakar lemak dan mengurangkan berat badan bagi suami / isteri yang mengalami ketaksuburan disebabkan beratbadan berlebihan.
  6. Zinc: Meningkatkan hormon testosteron dan bilangan sperma.
  7. Alfalfa: Membantu mengatur pusingan haid, masalah keputihan dan masalah kewanitaan.

Banyaknya suplemen, mana satu yang perlu ambil? Semua sekalikah?

Kalau nak ambil semua mungkin terlalu banyak, jadi untuk mereka yang mahu mencuba dan ikhtiar untuk cepat dapat anak, saya cadangkan ambil suplemen di bawah sebagai permulaan:

  • Untuk Suami : Set Family Wellness (Vitalea + B-Complex + Vita-C) bersama Vita-E dan Zinc.
  • Untuk Isteri : Set Family Wellness (Vitalea + B-Complex + Vita-C) bersama Vita-E + Alfalfa
Gambar ihsan Google.
Apapun, ini cuma ikhtiar untuk meningkatkan kesuburan dan menambah peluang mendapatkan anak. Sebaik-baik ikhtiar adalah doa dan keyakinan terhadap qada' dan qadar Allah swt. Semoga setiap daripada kita dikurniakan bahagia :)

Set Kesuburan Membantu Mudah Hamil

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t

Anak atau zuriat, adalah keinginan suami isteri bila berkahwin. Tapi bila sudah beberapa tahun kahwin, Allah duga masih belum diberi zuriat. Masih ada jalan. Bukan 'dead end' atau jalan mati. Set Kesuburan Shaklee adalah salah satu ikhtiar.


Idaman setiap pasangan yang berumahtangga =)


Mengapa Anda Perlukan Set Kesuburan?
  • Set ini memperbaiki kebolehan seksual lelaki. Juga meningkatkan nafsu seks.
  • Menyeimbangkan hormon bagi wanita.
  • Memberi kesihatan kepada sistem reproduktif. Ini sangat penting untuk pembentukan janin ketika hamil.
  • Meningkatkan kiraan sperma.
  • Memanjangkan hayat sperma apabila dilepaskan.
  • Tingkatkan motiliti sperma dan halang sperma dari bergumpal.
  • Tambahkan hormon estrogen bagi isteri dan testosterone bagi suami.
  • Kehidupan di atas katil lebih hangat dan mesra.

Bagaimana Set Kesuburan Shaklee Membantu Hamil?
Set ini mengandungi multivitamin dan multimineral yang berasaskan bahan semulajadi. Merut kajian Harvard Medical School, tahap kesuburan boleh ditingkatkan dengan mengambil multivitamin dan multimineral.

Hal ini juga telah disahkan oleh Pakar Oncology Malaysia, Dr Hamid Arshad melalui Facebook beliau:

"Nasihat untuk mereka yang berusaha mendapatkan zuriat. Selepas buat ujian-ujian kesuburan untuk kedua suami isteri dan selepas buat pembedahan untuk membuang cyst/fibroid atau lain-lain. Tumpukan masa untuk berdoa, berusaha kuruskan berat badan dengan dieting, buat exercise 30 minit setiap hari. Makan supplemen-supplemen multivitamin, Vitamin E, Vitamin C, Folic, tenangkan jiwa dan emosi. Jangan tergesa-gesa nak buat ini dan itu. Setiap rawatan perlu 3 hingga 6 bulan untuk lihat keberkesanan"

set kesuburan shaklee, cara cepat hamil, masalah kesuburan lelaki, punca haid tak teratur, cara banyakkan air mani, kelebihan GLA Shaklee, kelebihan zinc shaklee, asid folik untuk mengandung, tips cepat hamil, tips nak mengandung


Kemudian, banyakkan istigfar dan bersedekah. Kerana ini yang diajar Rasulullah ketika ada lelaki memohon cara bagaimana untuk dia dan isteri mendapatkan anak. Tak lama selepas itu, dia dikurniakan seorang anak lelaki. Dan Allah Maha Pemberi, diberi lagi 9 orang anak lelaki kesemuanya. Percaya pada Allah. Insyaallah..pasti anak yang dinanti akan tiba didukungan kalian. 

{Sumber}

Anda boleh hubungi zati untuk maklumat lanjut berkenaan set kesuburan suami, isteri atau sebarang usaha berkaitan. Jangan malu-malu ye. Semoga ia menjadi asbab rezeki anak tiba untuk menyinari keluarga anda. Zati sedia membantu.

Yunez Izzati
012-6720464
SID Tip Top & Meletop!

Adakah Berat Anda Sesuai Dengan Ketinggian?

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t

Kurus. Siapa taknak, kan? Semua orang nak kurus. Tapi sebelum anda cuba pelbagai produk menguruskan badan yang terdapat di pasaran (termasuklah yang akan saya ceritakan dalam entri-entri akan datang), anda kena faham apa yang dimaksudkan dengan berat badan berlebihan.

Ramai wanita-wanita (dan semakin ramai lelaki juga) merasakan diri mereka gemuk, sedangkan mereka sebenarnya memiliki berat badan sihat. Kenapa jadi begitu? Sebab dalam zaman metropolitan ini kita terbiasa disogok dengan idea kurus itu cantik. Kita terbiasa menilai orang yang memiliki lemak badan sebagai pelahap, tiada daya tahan diri dan mengalami masalah emosi. Sedangkan mereka sebenarnya selesa dengan diri, pemakanan dan gaya hidup harian mereka. Mereka tidak bergelut untuk kelihatan kurus tapi sebenarnya terseksa untuk mengekalkan berat dan bentuk badan yang memudaratkan kesihatan mereka. Jadi sebelum anda kategorikan diri anda gemuk tanpa sebab yang munasabah, ukur berat badan anda dan tentukan sama ada anda benar-benar gemuk atau ianya cuma dalam fikiran anda saja.

Anda juga rasa begitu?

Adakah Berat Anda Berlebihan?
Hanya kerana badan anda tak sekurus model-model peragaan, jangan salah sangka kononnya anda gemuk. Anda boleh ukur sama ada anda memiliki berat badan yang sihat atau tidak dengan menggunakan indeks jisim badan (body mass index - BMI). Ingat! Kata kuncinya di sini ialah berat badan sihat, bukannya kurus.

Anda boleh mengira BMI menggunakan aplikasi yang disediakan di laman ini, atau anda boleh juga mengira sendiri menggunakan formula seperti berikut:
Contoh: Bagi seseorang dengan ketinggian 1.60 m dan berat badan 60 kg, BMI yang dikira ialah 60 / (1.6 x 1.6) = 23.48

Nilai BMI yang telah dikira boleh dirujuk kepada jadual di bawah untuk mengetahui sama ada berat badan anda kurang, ideal, berlebihan atau mungkin juga obesiti.

Standard kategori BMI
Daripada jadual ini barulah anda boleh kategorikan diri anda dalam kumpulan berat badan yang mana. Kemudian barulah anda tahu apa tindakan yang perlu anda ambil: sama ada menaikkan, mengekalkan atau mengurangkan berat badan anda. Dalam contoh yang kita kira tadi, BMI 23.48 tergolong dalam berat badan ideal / normal / sihat. Jadi tak perlu risau untuk kuruskan badan (walaupun angka 60 kg bunyinya seolah-olah seorang yang gemuk).

Selamat mengira BMI masing-masing. Dan jangan sesekali merendahkan diri anda hanya kerana berat badan tak seimbang. Ada cara untuk mengatasinya. Dan paling penting sekali, bersyukur dan hargai nikmat kesihatan yang Allah swt beri. Jika anda memerlukan khidmat nasihat untuk menurunkan berat badan, Shaklee memberi tawaran menarik bulan ni. Cari zati k!




{Sumber}

Yunez Izzati
012-6720464
SID Tip Top & Meletop!