Memaparkan catatan dengan label alfalfa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label alfalfa. Papar semua catatan

Adakah Berat Anda Sesuai Dengan Ketinggian?

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t

Kurus. Siapa taknak, kan? Semua orang nak kurus. Tapi sebelum anda cuba pelbagai produk menguruskan badan yang terdapat di pasaran (termasuklah yang akan saya ceritakan dalam entri-entri akan datang), anda kena faham apa yang dimaksudkan dengan berat badan berlebihan.

Ramai wanita-wanita (dan semakin ramai lelaki juga) merasakan diri mereka gemuk, sedangkan mereka sebenarnya memiliki berat badan sihat. Kenapa jadi begitu? Sebab dalam zaman metropolitan ini kita terbiasa disogok dengan idea kurus itu cantik. Kita terbiasa menilai orang yang memiliki lemak badan sebagai pelahap, tiada daya tahan diri dan mengalami masalah emosi. Sedangkan mereka sebenarnya selesa dengan diri, pemakanan dan gaya hidup harian mereka. Mereka tidak bergelut untuk kelihatan kurus tapi sebenarnya terseksa untuk mengekalkan berat dan bentuk badan yang memudaratkan kesihatan mereka. Jadi sebelum anda kategorikan diri anda gemuk tanpa sebab yang munasabah, ukur berat badan anda dan tentukan sama ada anda benar-benar gemuk atau ianya cuma dalam fikiran anda saja.

Anda juga rasa begitu?

Adakah Berat Anda Berlebihan?
Hanya kerana badan anda tak sekurus model-model peragaan, jangan salah sangka kononnya anda gemuk. Anda boleh ukur sama ada anda memiliki berat badan yang sihat atau tidak dengan menggunakan indeks jisim badan (body mass index - BMI). Ingat! Kata kuncinya di sini ialah berat badan sihat, bukannya kurus.

Anda boleh mengira BMI menggunakan aplikasi yang disediakan di laman ini, atau anda boleh juga mengira sendiri menggunakan formula seperti berikut:
Contoh: Bagi seseorang dengan ketinggian 1.60 m dan berat badan 60 kg, BMI yang dikira ialah 60 / (1.6 x 1.6) = 23.48

Nilai BMI yang telah dikira boleh dirujuk kepada jadual di bawah untuk mengetahui sama ada berat badan anda kurang, ideal, berlebihan atau mungkin juga obesiti.

Standard kategori BMI
Daripada jadual ini barulah anda boleh kategorikan diri anda dalam kumpulan berat badan yang mana. Kemudian barulah anda tahu apa tindakan yang perlu anda ambil: sama ada menaikkan, mengekalkan atau mengurangkan berat badan anda. Dalam contoh yang kita kira tadi, BMI 23.48 tergolong dalam berat badan ideal / normal / sihat. Jadi tak perlu risau untuk kuruskan badan (walaupun angka 60 kg bunyinya seolah-olah seorang yang gemuk).

Selamat mengira BMI masing-masing. Dan jangan sesekali merendahkan diri anda hanya kerana berat badan tak seimbang. Ada cara untuk mengatasinya. Dan paling penting sekali, bersyukur dan hargai nikmat kesihatan yang Allah swt beri. Jika anda memerlukan khidmat nasihat untuk menurunkan berat badan, Shaklee memberi tawaran menarik bulan ni. Cari zati k!




{Sumber}

Yunez Izzati
012-6720464
SID Tip Top & Meletop!


Mengatasi Masalah Ketika Hamil dan Berpantang

Bismillahirrahmanirrohim
Assalamualaikum w.b.t

Trimester ke2 dan ke3 kehamilan antara fasa terpenting kerana perkembangan tubuh, mata, otak dan deria bayi semakin berkembang menjelang kelahiran. Pastikan ibu dan bayi mendapat nutrisi secukupnya supaya emosi lebih stabil, tekanan darah dan hb normal serta badan lebih cergas. Berikut adalah keperluan tambahan untuk ibu hamil:

- ESP : Mengurangkan alahan, membentuk sel darah merah, kulit ibu dan bayi lebih bersih
- B Complex : Menstabilkan emosi ibu yang cepat keletihan kerana kandungan semakin membesar serta hampir diambang kelahiran.
- Vitalea : Multivitamin unggul yang membantu mengeka bacaan hb diparas normal.
- Vitamin C : Memastikan ibu sihat dan sistem imun lebih baik
- Omega Guard : Membantu perkembangan mata, deria dan otak janin agar lebih cerdas.
- Ostematrix : Mengelak kaki kejang, gusi berdarah, melancarkan pelawasan serta mempercepat bukaan pintu rahim semasa kelahiran.



Jangan risau kerana suplemen sepanjang kehamilan juga sesuai diamalkan semasa berpantang. Hanya perlukan penambahan Zinc untuk membantu mempercepat proses penyembuhan luka dan Alfalfa untuk menggalakkan pengeluaran susu. Bijak dan jimat kan? =)


Yunez Izzati
0126720464
SID tip top & meletop!
Cod area bkt kapar, meru, setia alam, aman perdana, puncak alam, kapar, klang dan kawasan berhampiran.

Kurus Meningkatkan Keyakinan Diri

Bismillahirrahmanirrohim
Assalamualaikum w.b.t

Nak tanya kat sini siapa rasa seronok bila dapat nama panggilan "MONTEL, CHUBBY, DEBAB"? Rasanya xpayahlah saya senaraikan lagi yang kurang sedap pada pendengaran kan. Sakit pulak hati kita yang membacanya. Eh, kita pulak yang emosi lebih, hihi.

Kebanyakan dari kita yang mengalami masalah berat badan kesnya lebih kurang kat bawah ni:
- Nak diet tapi selera makan membuak2?
- Da kawal makan tapi masih tiada perubahan?
- Tiada masa untuk melakukan senaman

Jangan pandang ringan jika anda mengalami KEMURUNGAN dan RENDAH DIRI ye. Jika tidak dikawal boleh menyumbang kepada pakej OBESITI, SAKIT JANTUNG, DIABETIS, KOLESTROL DAN DARAH TINGGI kesan dari OBESITI tau.

Jangan pendam sendirian, saya sudi membantu. Dalam usaha diet, anda seharusnya bijak memilih makanan yang rendah kalori untuk memastikan usaha anda membuahkan hasil.

Set Diet / Kurus / Turunkan Berat Shaklee senang2 boleh turun 5-10kg sebulan jika anda mengikut bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan.
>> Cinch Shake- bancuh utk rasa kenyang lebih lama sehingga boleh menggantikan hidangan utama
>> Cinch Tea - membantu meningkatkan metabolisma. Sekali minum peluh menitik2 walaupun buat kerja rumah je tau.
>> Omega - cairkan lemak tepu yang dah bertahun-tahun bertapa kat badan
>> Lecithin - elak lemak dari makanan yang diambil lekat pada tubuh

>> Alfalfa - menyingkirkan toksin dan melawaskan pencernaan

Bulan ni ada promosi untuk Omega Guard,  semestinya anda mendapat potongan harga eksklusif untuk set ini ye. Hubungi saya untuk keterangan lanjut.

Yunez Izzati
0126720464
SID tip top & meletop! 
Cod area bkt kapar, meru, setia alam, aman perdana, puncak alam, kapar, klang dan kawasan berhampiran. 

Misi Turunkan Berat Badan Selepas Bersalin

Bismillahirrahmanirrohim
Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah 13feb yang lepas saya telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang sihat dan sempurna sifat. Semoga menjadi anak yang soleh dan menjadi sebahagian saham mama dan ayah untuk hari akhirat kelak.


8 bulan da baby ye..


Di sebalik berita gembira ini, terdapat kesan akibat senangnya hati apabila disebut maka wujudlah makanan tersebut semasa mengandung, (bunyi cam mintak dari ajaib pun ada kan =p) maka kesannya bolehlah dinilai selepas anda bersalin ye. Almaklumlah, kita mengamalkan konsep rezeki anak jangan ditolak. Peningkatan kegembiraan adalah 13kg, manakala penurunan jarum timbang hanya 9kg..oh, tidak!!!..

Perkembangan ini hendaklah dikawal sebaiknya. Tapi, pilihan yang diambil hendaklah selamat, berkesan dan semulajadi. Saya mengambil keputusan untuk memilih esp + alfalfa + lecithin sebagai pemangkin dalam usaha menurunkan berat badan. Sebagai seorang penggemar tegar nasi, adalah agak mustahil untuk saya mengelakkannya. Jadi, saya menggunakan strategi bersarapan dan makan malam hanya dengan sesudu esp.  Manakala nasi hanya dinikmati pada waktu makan tengahari sahaja..sobbbs..bye nasi..




Walaupun hanya secawan esp, nafsu makan yang buas bak pak belang kebulur tu telah berjaya dikawal kerana ianya mampu untuk menampung keperluan perut dan badan sehingga waktu tengahari. Manakala jika makan malam, kadangkala saya masih merasa tidak kenyang dan masih mencari kudapan. Tidak lagi sejak saya mengamalkan esp pada waktu makan malam. Bangun pagi juga terasa lebih ceria.





Pengambilan alfalfa membantu menyingkirkan toksin dan membantu proses penghadaman. Manakala lecithin pula berfungsi untuk menyingkirkan, memecah dan membakar lemak-lemak tepu dalam badan dan pemakanan seharian. Set ni selamat ye untuk ibu menyusu. Tak mengganggu proses penyusuan sama ada susu berkurangan jika teknik yang betul dilakukan. 

Selepas sebulan, kerjasama dari timbang digital di klinik menunjukkan penurunan berat sebanyak 3kg. Biar lambat asal selamat. Ni yang lagi semangat nak teruskan. Untung-untung boleh cecah berat masa sekolah menengah dulu ke, hihi. Jangan lupa juga untuk melakukan senaman untuk menghasilkan bentuk tubuh yang lebih pejal.


Yunez Izzati
0126720464
SID tip top & meletop!
Cod area bkt kapar, meru, setia alam, aman perdana, puncak alam, kapar, klang dan kawasan berhampiran

Kerap Sakit Dan Berjerawat Gara-Gara Badan Bertoksin?

Bismillahirrahmanirrohim
Assalamualaikum w.b.t

Adakah anda mengalami masalah berikut?
  • Jerawat / kulit kusam
  • Lesu dan kurang bertenaga
  • Sakit kepala yang berulang
  • Gatal / radang pada kulit
  • Emosi becelaru
  • Alahan / Ekzema

Simptom diatas menunjukkan tubuh mengalami toksin yang berlebihan. Set menyahtoksin dapat membantu mengeluarkan toksin dan bahan buangan dari badan dan mengembalikan tubuh yang sihat.
Kebaikan:
  • Menyingkikan toksin berbahaya dari badan
  • Meningkatkan kesihatan hati
  • Menaikkan seri wajah
  • Meningkatkan sistem imun


Yunez Izzati
0126720464
SID tip top & meletop!
Cod area bkt kapar, meru, setia alam, aman perdana, puncak alam, kapar, klang dan kawasan berhampiran

Cara Mengawal Kadar Gula Untuk Pesakit Diabetis


Bismillahirrahmanirrohim
Assalamualaikum w.b.t


Penyakit kencing manis semakin menular dikalangan masyarakat. Malangnya ramai yang tidak sedar mereka mempunyai risiko yang tinggi untuk menjadi sebahagian daripadanya. 

Menurut Pesatuan Diabetis Malaysia, sebanyak 1.2 juta rakyat Malaysia menghidap kencing manis. Penyakit ini berpotensi membawa kepada penyakit:
  • Jantung
  • Buah pinggang
  • Luka lambat sembuh
  • Hilang fungsi saraf 

Set Sugar Control Shaklee membekalkan nutrisi lengkap untuk meningkatkan kesihatan pesakit.


Kebaikan:
  • Mengekalkan paras gula normal dalam darah
  • Melegakan rasa kebas
  • Membantu menyembuhkan luka



Yunez Izzati
0126720464
SID tip top & meletop!
Cod area bkt kapar, meru, setia alam, aman perdana, puncak alam, kapar, klang dan kawasan berhampiran

Mendapatkan Sistem Peredaran Darah Yang Lancar Dan Jantung Yang Sihat

Bismillahirrahmanirrohim
Assalamualaikum w.b.t


Masalah jantung merupakan punca utama kematian di malaysia juga global. Biasanya tiada simptom bagi penyakit ini. Serangan jantung atau strok yang pertama mungkin menjadi yang terakhir.

Set Healthy Circulatory Shaklee dibawa khas untuk membekal nutrien yang penting dalam mengekalkan jantung yang kuat dan sihat.

Kebaikan:

  • Membantu melancarkan peredaran darah
  • Mengekalkan kesihatan secara menyeluruh

Yunez Izzati
0126720464
SID tip top & meletop!
Cod area bkt kapar, meru, setia alam, aman perdana, puncak alam, kapar, klang dan kawasan berhampiran

Sistem Penghadaman dan Pencernaan Yang Sihat

Bismillahirrahmanirrohim

Assalamualaikum w.b.t

Sistem penghadaman yang baik adalah asas kepada tubuh yang sihat. Pernahkan anda terdengar pepatah mengatakan "Punca Penyakit Adalah Daripada Perut"? Sembelit, mulut berbau, najis berbau, mengidam makanan, perut berangin atau kembung adalah masalah penghadaman yang biasa dialami. Sistem penghadaman yang tidak sihat mengakibatkan:
  • Penambahan berat badan
  • Masalah gastrik
  • Perut buncit
  • Kanser usus
  • Sistem imun lemah

Set Penghadaman Shaklee membantu mengatasi masalah ini.
Kebaikan:
  • Melegakan sembelit
  • Meningkatkan kesihatan sistem penghadaman
  • Menyokong kesihatan usus
  • Membantu menyahtoksin 
  • Mengurangkan berat badan
  • Melegakan ketidakselesaan perut


Yunez Izzati
0126720464
SID tip top & meletop!
Cod area bkt kapar, meru, setia alam, aman perdana, puncak alam, kapar, klang dan kawasan berhampiran

Cadangan Set Kurus Shaklee

Bismillahirrahmanirrohim
Assalamualaikum w.b.t

Seperti yg anda semua sedia maklum, antara produk shaklee yg menjadi kegilaan ramai adalah Set Kurus / Turunkan Berat Badan, Set Menyusu dan Set Kecantikan. Sebab apa mestilah pasal keberkesanannya kan. Tapi semua usaha dilakukan perlukan keazaman dan konsistensi ye.



1. Letichin / Omega
- berfungsi sebagai pemecah, pembakar lemak dan kolestrol serta memastikan lemak dr makanan tidak terkumpul dan tersimpan menjadi khazanah di dalam badan.
- turut membantu mengawal selera makan

2. Alfalfa / Herb Lax
- berfungsi sebagai detoks iaitu proses penyingkiran toksin yg tidak diperlukan oleh badan. Perbezaanya Alfalfa detoks menyeluruh keseluruhan badan manakala Herb Lax lebih khusus kpd "pembersihan" usus. Individu yg sihat akan "memerut" setiap hari.

3. ESP / Cinch Shake Mix
- berfungsi utk membina otot yg lebih sihat. Maksudnya walaupun berat berkurangan, xdela kulit menggelebeh di sana sini ye.
- sgt membantu mengawal nafsu makan kerana keduanya memberi kesan kenyang yg lebih lama.

Utk kesan yg paling efektif, anda hendaklah :
- mengawal kuantiti hidangan yg diambil
- lakukan senaman ringan seperti melakukan kerja rumah atau berjalan/beriadah sekurang-kurangnya 20 minit 3x seminggu
- Pengambilan air masak sekurang-kurangnya 2L sehari. Lebih lagi bagus.

Jika anda ingin mencuba atau mempunyai bajet yg agak rendah, gabungan terbaik adalah Letichin dan Alfalfa. Tak cecah rm100 pun. Boleh bertahan sehingga 2bulan. Jimat kan?


Yunez Izzati
0126720464
SID tip top & meletop!

cod area bkt kapar, meru, setia alam, aman perdana, puncak alam, kapar, klang dan kawasan berhampiran. 

Vita-Lea® Iron Formula

Bismillahirrahmanirrohim
Assalamualaikum w.b.t


Multi vitamin & Multi mineral

Multi yang Hebat
Suplemen seimbang dan komprehensif yang dihasilkan dengan Sains terbaik Shaklee yang mampu dibeli.  Vita-Lea dirumus khas bagi memenuhi keperluan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa. 

Jika diambil setiap hari, Vita-Lea mampu:

•    Membantu dalam mengekalkan kesihatan yang baik.*
•    Mengandungi beta karotena yang membantu dalam
      mengekalkan pertumbuhan, penglihatan dan pembinaan
      tisu.
•    Mengandungi kalsium, fosforus dengan vitamin C dan D
      untuk kesihatan tulang dan gigi.
•    Biotin dan asid pantotenik membantu untuk
      memetabolismekan lemak dan karbohidrat dalam tubuh
•    Vitamin B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah
      merah.*

Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.
Tiada tambahan perasa tiruan, pemanis, bahan pewarna atau pengawet.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.



Yunez Izzati
0126720464
SID tip top & meletop!


cod area bkt kapar, meru, setia alam, aman perdana, puncak alam, kapar, klang dan kawasan berhampiran.

Alfalfa Complex

Bismillahirrahmanirrohim
Assalamualaikum w.b.t


Sumber Zat Makanan Semulajadi & Klorofil 

Alfalfa merupakan pusat pengumpulan segala nutrien.  Akar tunjangnya yang mengunjur sedalam enam meter ke bawah mampu menyerap pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah, sementeara daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosintesis semulajadi.  Alfalfa mengandungi vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium, fosforus dan zat besi

Alfalfa Complex merupakan satu Formulasi Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr. Shaklee pada tahun 1950s.
•    Sumber semulajadi alfalfa.
•    Pil juga boleh dihancurkan dan dicampur ke dalam air 
      sebagai minuman herba semulajadi.

Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. 


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.






Yunez Izzati
0126720464
SID tip top & meletop!


cod area bkt kapar, meru, setia alam, aman perdana, puncak alam, kapar, klang dan kawasan berhampiran.