Memaparkan catatan dengan label suplemen. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label suplemen. Papar semua catatan

12 Sebab Kenapa ESP Perlu Dalam Diet Harian

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t

Hai..macam mana feeling hari ni?
Zati rasa nak kongsi 12 sebab kenapa anda perlu ESP dalam diet harian tau. Jom baca =)

1. Kulit muka cantik, halus, gebu dan berseri.
2. Membantu menghilangkan parut jerawat.
3. Memberi tenaga segera yang berpanjangan
4. Menganjalkan kulit dan payudara.
5. Memberi rasa kenyang yang membantu mengurangkan rasa pengambilan makanan lain yang lebih berkalori.
6. Menyokong kesihatan imunisasi badan.
7. Mengawal paras kolestrol.
8. Menyokong kesihatan jantung dan prostat.
9. Meningkatkan penghasilan susu lebih cepat.
10. Membantu menghasilkan susu yang lebih pekat supaya bayi lebih puas dan kenyang.
11. Membantu perkembangan fetus dan membantu kesihatan ibu hamil lebih sihat.
12. Meningkatkan kesuburan dengan membentuk tisu rahim serta sel ovum dan sperma yang aktif.


Nak cuba ESP? Meh contact zati ye. Cara bancuhan yang best pun nanti zati ajar =)

Yunez Izzati
012-6720464
SID Tip Top & Meletop!

Lecithin Membantu Melegakan Bengkak Susu

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t

Susu tersumbat berlaku apabila salah satu salur susu dalam payudara tersumbat. Boleh rujuk gambar di bawah untuk memahami dengan lebih jelas (Gambar dipetik dari MayoClinic).
Bagaimana Bengkak Susu Terjadi
 Salur susu tersumbat boleh berlaku disebabkan oleh:
  • Salur susu terhimpit dengan tangan kita semasa tidur ataupun disebabkan pemakaianunderwire bra
  • Susu yang mengering terlalu tebal kat bahagian puting, jadi susu baru tak boleh nak keluar
  • Tidak pam setiap 2 jam, dan hanya pam apabila payudara penuh
  • Jangkitan yis
  • Stress
  • Tak cukup tidur
  • Salah cara lekapan bayi
Susu tersumbat adalah normal dan boleh dirawat dengan mudah. Cuma kalau dibiarkan terlalu lama, ianya boleh membuat kita demam dan kadangkala menyebabkan jangkitan kuman dan mastitis.
BAGAIMANA MELEGAKAN SUSU TERSUMBAT?
Cara-cara berikut boleh digunakan untuk melegakan bengkak susu:
1. Susukan anak sekerap yang boleh
Anak merupakan pam semulajadi yang terbaik di dunia. Biarkan anak mengosongkan payudara kita sekerap yang boleh. Sekiranya tidak dapat menyusukan anak dengan kerap, pastikan anda pam setiap 2-3 jam.
2. Cuba variasikan posisi penyusuan.
Antara posisi yang boleh membantu ialah dengan menyusukan anak dengan posisi anak di atas katil dan payudara tergantung ke bawah. Ini supaya tarikan graviti boleh menarik susu yang tersumbat supaya keluar.
Boleh juga cuba meletakkan pipi anak menekan kawasan yang bengkak sewaktu menyusu.
3. Tuam
Anda boleh menuam payudara dengan air suam supaya haba tersebut boleh mencairkan susu yang beku di dalam salur susu.
4. Berehat
Dapatkan  rehat secukupnya. Anda juga boleh berehat sambil menyusukan anda dalam posisi baring dan mengiring.
5. Susukan anak yang lebih besar
Kadang-kadang, hisapan bayi anda tak cukup kuat. Susukan anak yang berusia setahun atau dua tahun ke atas untuk membantu keluarkan susu tersebut.
6. Gunakan teknik “Pressure Massage
Gunakan tapak tangan untuk ‘menolak’ susu yang tersumbat ke arah puting. Cara ini mungkin agak sakit, tapi sangat membantu.
Petikan daripada website Ask Dr Sears:
“To do pressure massage, start at the edge of the lumpy area closest to your chest wall. Apply pressure to that area with the heel of your hand to the point just before it becomes too painful. Hold the pressure at that level until the pain eases off. Then increase the pressure again, (without moving your hand) and hold it until the pain eases. Continue to gradually increase pressure at that same site until you are pressing as hard as you can. Then pick your hand up, move it down toward your nipple about a half inch, and repeat the pressure massage in this area. Continue moving your hand a half inch and repeating the massage until you get all the way down to the nipple.
You may see the dried milk come out from an opening in your nipple. Even if the plug doesn’t actually come out, you will at least have dislodged it and moved it toward the nipple so that when baby goes to the breast and sucks, he will remove it with his suction. Always put baby to the breast on the plugged side first, when his sucking will be the strongest.”
7. Amalkan Lecithin dalam diet harian
Pakar penyusuan menyarankan pengambilan sebanyak 3,600-4,800mg Lecithin sehari untuk membantu melegakan susu tersumbat.
Cara pengambilan Lecithin yang detail boleh dibaca dalam artikel “Lecithin Treatment for Recurrent Plugged Duct
8. Kuatkan imunisasi tubuh
Untuk mengelakkan demam, tingkatkan imunisasi badan pengambilan supplement seperti GarlicNutriferon dan Performance Drink.
Anda berminat untuk mendapatkan Lecithin Shaklee untuk melegakan masalah susu tersumbat anda?
Lecithin Semulajadi Terbaik


BAGAIMANA LECITHIN BOLEH MEMBANTU BENGKAK SUSU?

Sebab mengapa Lecithin boleh membantu menyelesaikan dan mencegah bengkak susu tidak jelas. Dr Jack Newman, "Ia boleh berbuat demikian dengan mengurangkan kelikatan ( kelekitan ) susu dengan meningkatkan peratusan asid lemak politaktepu dalam susu. " Lecithin adalah emulsifier ( digunakan untuk menyimpan lemak / minyak dan tersebar dalam penggantungan ) : molekul phospholipid (seperti lesitin ) mengandungi unsur-unsur hidrofobik dan hidrofilik ; bahagian hidrofobik mempunyai pertalian untuk lemak dan minyak, dan bahagian hidrofilik mempunyai pertalian untuk air.


{Sumber} 


Nak dapatkan penyelesaian untuk masalah penyusuan boleh cari zati k=)

Yunez Izzati
012-6720464
SID Tip Top & Meletop!

Simptom dan Petanda Anda Hamil (Bahagian 2)

Bismillahirrahmairrahim
Assalamualaikum w.b.t

Ha..hari ni kita cerita sambungan simptom untuk anda2 yang suspek diri tu hamil atau x ye. Harap2 ada la rezeki kan.



7. Kulit
Paling ketara yang ibu-ibu akan perasan adalah perubahan pada kulit. Waktu hamil anak pertama, kulit muka saya jadi berseri-seri dan sekata. Waktu hamil anak kedua, kulit jadi kering sedikit. Belakang lutut dan di bahagian yang berlipat seperti belakang lutut pula akan terbentuk garisan hitam, seolah-olah kulit kita berdaki. Perkara ni normal, terjadi disebabkan perubahan pada hormon tubuh ibu.

8. Rambut
Biasanya rambut akan menjadi semakin lebat, hitam dan berkilat. Ini pun terjadi sebab perubahan hormon tubuh ibu. Lepas bersalin nanti, hormon akan berubah lagi dan rambut akan mula gugur.

9. Gusi Sensitif dan Berdarah / Kejang Kaki
Juga berlaku disebabkan kekurangan kalsium. Pastikan ibu-ibu yang mengalami gusi berdarah atau kejang kaki dapatkan kalsium yang secukupnya iaitu 1200mg sehari seperti yang dicadangkan oleh pakar nutrisi. Atasinya dengan Ostematrix tau.

10. Keputihan
Salah satu tanda perubahan hormon. Tapi ibu-ibu tak perlu risau. Selagi keputihan tersebut tak berwarna hijau, tak berdarah, tak menyakitkan dan tak berbau, biasanya tak ada masalah. Bagaimanapun, jika berlaku salah satu seperti yang disebutkan atau ibu merasa tak selesa dengan keputihan yang banyak, boleh dapatkan rawatan di hospital atau klinik.

11. Stretchmark
Stretchmark berlaku apabila kapilari darah dalam kulit pecah akibat pengembangan kulit melebihi tahan kenyal. Akibatnya timbut kesan merah di kulit dan kulit rasa gatal seperti terbakar. Ha, yang ni amalkan ESP. Lepas bersalin amalkan Vitamin E pula ye.

12. Emosional
Haa, yang ni rasanya semua ibu alami. ati tiba-tiba bertukar jadi tisu. Haha. Usik sikit, mengalir air mata. Tak gitu? Saya ada sikit emosional masa hamil. Dari segi perubatan, emosional ni terjadi sebab hormon berubah. B Complex membantu menstabilkan emosi dan menyediakan asid folik yang membantu untuk tumbesaran janin. 

{Sumber}



Sekarang ni Shaklee tengah baik hati buat promosi untuk Vitamin "Prenatal" dan "Postnatal" iaitu amat sesuai untuk wanita sudah berkahwin yang merancang untuk hamil, sedang mengandung, berpantang atau menyusukan bayi. Siap dapat diskaun 5% untuk yang mendaftar ahli lagi tau. Free Vitalea lagi. Adui..banyak tol promosi yang diberi. Nak info lebih lanjut cari zati ye =)


Yunez Izzati
012-6720464
SID Tip Top & Meletop!

Simptom dan Petanda Anda Hamil (Bahagian 1)

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t

Mana-mana ibu yang pernah hamil tentu perasan badan akan berubah macam-macam. Kadang-kadang rasa macam tak kenal tubuh sendiri kan. Jom nak share sikit apa perubahan yang biasa berlaku pada badan ibu yang sedang hamil.



1. Letih
Biasanya berlaku pada trimester pertama. Ketika ini badan sedang bekerja keras untuk memastikan perkembangan embrio, sebab tu badan rasa sangat letih walaupun tak buat apa-apa. Pengalaman mengandung kali pertama, saya mengalami keletihan yang teramat sangat. Perkara mudah seperti mandi pun sangat meletihkan, sampai saya perlu rehat 10-15 minit lepas mandi sebelum saya mula bersiap.

2. Payudara Sensitif
Ada ibu yang mengalami payudara sensitif sepanjang kehamilan, ada yang alaminya cuma ketika trimester tertentu. Saya alami payudara sensitif ketika hamil anak sulung. Sangat sensitif sampai saya terpaksa beli pakaian dalam baru yang kurang menyakitkan.

3. Sesak Nafas
Yang ni saya alami ketika trimester pertama dua-dua kehamilan. Walaupun saya tak menghidap asma, tapi ada masanya saya rasa sesak sangat nafas sampai terfikir nak berkejar ke klinik. Tapi biasanya tak lama. Paling lama dalam 2 jam. Lepas tu saya ok. Ada ibu-ibu yang lebih teruk, perlu ke hospital untuk dapatkan rawatan asma.

4. Mual, Loya, Alahan, Morning Sickness
Walaupun namanya morning sickness, tapi loya dan mual tu tak terhad pada waktu pagi saja. Tengahari, petang sampai ke malam pun boleh rasa loya mual-mual. Waktu hamil anak sulung, saya ada alahan sikit. Hidung jadi sangat sensitif dengan bau, salah bau terus loya. Tapi alhamdulillah saya tak alami muntah-muntah. Selama 4 bulan saya tak jejak kaki ke dapur sebab tak tahan bau dapur. Hamil anak kedua Alhamdulillah tak ada masalah alahan langsung. Selera makan pun ok.

5. Sembelit
Sembelit ketika hamil biasa berlaku. Salah satu puncanya sebab kekurangan kalsium. Kalsium dari pemakanan kita disalurkan kepada bayi, jadi ibu akan kekurangan kalsium menyebabkan sembelit. Lagi satu punca sembelit ketika hamil adalah kurang minum air. Nanti saya cerita dalam point seterusnya.

6. Kerap Buang Air Kecil
Dengan kehadiran bayi dalam rahim, saiz rahim yang membesar akan menyebabkan pundi kencing terhimpit. Pundi kencing yang terhimpit menyebabkan kapasiti urin yang mampu ditampung semakin rendah. Oleh sebab kerap sangat buang air kecil, ada ibu-ibu yang kurangkan minum air untuk elak kerap kencing. Kurang minum air boleh menyebabkan sembelit.

{Sumber}

Nantikan sambungan seterusnya tau. Zati akan bantu anda melalui pengalaman berharga ni dengan hati yang lebih riang gembira dan bertenaga.

Yunez Izzati
012-6720464
SID Tip Top & Meletop!

Makanan Terbaik Untuk Kulit Cantik Berseri - Bahagian 2

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t


Meh nak sambung petua makanan yang baik untuk kulit.

6 . Buah Beri :


Buah beri (strawberi, blueberri, blackberry,aca berri) penuh nutrisi dan antioksidan, sehingga merupakan pilihan yang sangat baik untuk menyingkirkan racun dan radikal bebas dalam tubuh yang akhirnya akan membuat kulit anda yang terlihat muda, sihat dan bersinar. Buah-buahan yang kaya antioksidan lainnya juga baik dimasukkan kedalam diet kesihatan dan kulit. Hui, memang menarik macam yang terkandung dalam sebotol Vivix.

7 . Bawang putih :


Mengandungi yang disebut allicin, sehingga bawang putih banyak dikenal karena kemampuannya untuk melawan segala macam bakteri dan virus dalam tubuh. Bahan dapur ini juga anti jerawat dan jenis-jenis masalah kulit yang terkait erat dengan bakteria dalam tubuh Anda. Kalau tak lalu nak makan gitu je boleh amalkan Garlic Shaklee yang lebih mudah ditelan.

8 . Soya :


Soya sangat umum dalam diet vegetarian, karena makanan ini dikenal terdiri dari zat besi, kalsium, mangan, protein, dan lemak sehat. Seiring waktu berlalu, rutin mengamalkan soya akan memberikan kesan magic pada kulit Anda. Hal ini termasuk produk berasaskan soya yang lain seperti susu, tempe, tauhu dll. Nak lagi best mestilah melalui segelas ESP atau Cinch Shake Shaklee kan.

9 . Kacang Hijau / Dhal / Peas :


Kacang lentil dan kacang peas pada umumnya disebut dengan kacang-kacangan, yang banyak dikenal karena kandungan protein yang tinggi. Sementara itu serat dan vitamin yang ada dalam kacang-kacangan akan membantu untuk meningkatkan sistem pencernaan anda. Pencernaan yang lebih baik dan detoksifikasi untuk kulit yang lebih sehat.




{Sumber}

Jemputlah amalkan makanan semulajadi yang memberikan khasiat untuk kulit tu ye. Nak alternatif lebih mudah cari zati k. Shaklee menawarkan pelbagai pilihan produk yang membantu mendapatkan kulit idaman.



Yunez Izzati

012-6720464
SID Tip Top & Meletop!

Tips Mudah Hamil Dengan GLA Complex

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, GLA Complex ini semakin mendapat tempat di hati ramai pasangan kerana dikatakan salah satu cara mudah dan cepat hamil, InshaAllah. Hari ini saya nak kongsikan bagaimana GLA Complex membantu pasangan yang telah lama menunggu untuk menimang cahaya mata.


Bagaimana GLA Complex berfungsi untuk membantu anda untuk mudah hamil?

Paras kolestrol dalam tubuh akan dapat dikurangkan dengan pengambilan GLA (Gamma Linolenic Acid). GLA juga berfungsi membantu dalam memberikan kelegaan sekiranya wanita sedang mengalami Sindrom Pra Haid (PMS) seperti angin senggugut. Di samping itu, GLA akan merangsang penghasilan dan peningkatan lendir serviks yang berkualiti tinggi bagi menjamin kesuburan wanita. Malah, GLA berfungsi secara teraputik dengan mendorong penghasilan Prostagdalin E1 yang membantu dalam melegakan kesakitan dan kekejangan otot.

Bagaimana GLA Complex dapat anda menghadapi sindrom PMS (senggugut)?

Apabila seseorang diserang senggugut, biasanya ia akan menyebabkan kekejangan otot dalam rahim dan kawasan sekitarnya. Daripada kajian yang dibuat, puncanya adalah disebabkan tubuh badan wanita tersebut tidak dibekalkan dengan GLA yang secukupnya. Justeru, pengambilan GLA ini adalah mustahak untuk menampung kekurangan GLA dalam tubuh.


Baiklah setakat ini saya faham. TAPI sebenarnya bagaimana GLA Complex dapat membantu saya untuk cepat dan mudah hamil?

Bagi menjamin kesuburan, seorang wanita perlu mempunyai lendir serviks yang terjamin kualitinya dan berwarna putih telur. Jika anda seorang yang teliti, anda akan perasan sebulan sekali wanita akan menghasilkan cecair putih telur tersebut. Ini menandakan ia adalah waktu subur wanita itu. Namun, tidak semua orang dapat menghasilkan cecair yang ‘subur’ seperti itu. Bagi menghasilkan cecair yang melambangkan kesuburan ini, maka disinilah fungsinya GLA. Sekaligus membantu sperma untuk berenang-renang terus menuju ke uterus, tiub fallopio dan destinasi terakhir iaitu sel ovum. Cecair subur ini juga membantu memanjangkan jangka hayat sperma di dalam tiub fallopio sehingga menjangkau 5 hari. Dari sudut positifnya, walaupun tidak kena tepat pada waktu subur namun peluang tetap cerah kerana sperma masih berada di situ hingga hari yang ke lima!


Setahun da anak bujang mama ye


Untuk kaum hawa di luar sana yang masih lagi belum mendapat zuriat, anda disarankan untuk membuat pemeriksaan terhadap cecair serviks anda. Jika cecair tersebut tebal, berwarna kecoklatan dan kering itu adalah tanda yang kurang baik kerana ia boleh menghalang persenyawaan dari berlaku. Mustahak untuk mengenali cecair kesuburan kita.

Jom borong bulan ni. Beli 6 dapat 7 tau. Beli 2 dapat diskaun 5%.

{Sumber}

Yunez Izzati
012-6720464
SID Tip Top & Meletop!

Perbezaan Shaklee : Vita-Lea

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t


Vita-Lea Shaklee adalah multivitamin dan mineral yang pertama dicipta di dunia. Asalnya dikenali sebagai "Vitalize-Mineral" yang disingkatkan kepada "Vita-min" dan perkataan vitamin yang disebut kini asalnya dari Shaklee.

Peningkatan teknologi telah mengubah bentuknya dari cecair 90tahun dulu kepada tablet yang dikenali sebagai Vita-Lea. Setiap tablet mengandungi 30nutrisi lengkap harian yang diekstrak daripada sayuran dan buah, 12vitamin dan 7mineral penting sebagaimana disarankan oleh RDA.  Ia diformulasikan secara komprehensif dan sangat seimbang.


Tablet Vita-Lea disaluti dengan serbuk nutrisi - spirulina. Ia dihasilkan dengan kaedah terkini dan teknologi eksplosif yang kompleks, disebut sebagai "Eksplo-tab". Ia merupakan tablet multivitamin yang paling pantas di dunia larut dalam air dan tubuh manusia. Mineral yang terkandung di dalamnya mudah berintegrasi dengan protein untuk penyerapan yang pantas oleh usus kecil.

Ujian klinikal telah membuktikan dengan pengambilan Vita-Lea Shaklee selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%. Vita-Lea telah dipilih oleh Center of Sciences di Amerika Syarikat sebagai "The Best Multivitamin" di dalam Public Interest pada tahun 2000.

Yunez Izzati
012-6720464
SID tip top & meletop!

Zink Terbaik Menjaga Khazanah Lelaki

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t

Zinc di dalam prostat lelaki adalah 10x ganda lebih dari organ lain. Zinc memainkan peranan penting dalam organ seks lelaki. Defisiensi yang serius akan mengakibatkan masalah seperti kematangan organ seks yang lambat, impoten, perkembangan yang kecil, atau pincang pada testikel, kiraan sperma yang rendah, kemerosotan fungsi seksual, penuaan pra matang dan keguguran rambut. Oleh yang demikian zinc amat diperlukan dari usia remaja hingga warga tua.


Usaha kesuburan bukan hanya pada 1 pihak sahaja, tetapi toleransi dan kerjasama kedua-dua pihak amat diperlukan dalam usaha mendapatkan zuriat.
Berikut adalah cadangan set kesuburan untuk lelaki:
- Zinc
- Vitamin E
- ESP
Set di atas membantu meningkatkan keinginan dan daya seksual, meningkatkan kualiti dan kuantiti sperma yang dihasilkan serta penghasilan tisu, organ, hormon dan kulit yang lebih sihat.
Hubungi zati untuk keterangan lanjut ye.

Yunez Izzati
012-6720464
SID tip top & meletop!

Promosi March 2015: ESP, Zinc dan Vita-Lea untuk Kanak-kanak

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t

Hai3..pejam celik pejam celik diam-diam dah masuk bulan March untuk tahun 2015 rupanya. Peringatan untuk semua juga tau sebab bermula 1 April 2015, Cukai Perkhidmatan 6% atau lebih dikenali sebagai GST akan dilaksanakan. Jadi, yang nak borong suplemen Shaklee digalakkan berbuat demikian la ye sebab produk Shaklee juga tidak terkecuali dikenakan cukai. Nak jimat meh pakat borong bulan ni tau.



Sempena bulan baru ni, Shaklee menawarkan beberapa pilihan tawaran promosi tau. Ia adalah:
- ESP beli 6 percuma 1
- ESP beli 2 potongan harga 5%
- Zinc Complex beli 3 percuma 1
- Chew Vita-Lea beli 3 percuma 1
Shaklee dah tak main dah 1 bulan 1 promosi produk je. Berganda-ganda tawaran yang diberikan saban bulan sekarang.

Jadi untuk anda yang berminat mendapatkan produk2 diatas atau penerangan lanjut mengenai fungsi dan sebagainya, jangan malu2 cari zati ye.

Yunez Izzati
012-6720464
SID tip top & meletop!

Bulan Kecantikan : Promosi Vitamin C dan E

Bismillahirrahmanirrohim
Assalamualaikum w.b.t

Hai3..kembali bersiaran pada hari ini. Terkejut jah bila tau Promosi Berganda masih berterusan. Cuma bulan ni promosi yang lebih khusus jika diambil bersama iaitu promosi kecantikan dari dalaman iaitu gabungan Vitamin C dan E.

Keduanya bersifat antioksidan yang tinggi untuk menentang radikal bebas yang berkeliaran disekeliling kita. Jangan lupa dapatkannya jika berhasrat untuk mengecutkan jerawat, menghilangkan parut serta kulit yang lebih licin berseri. Sangat jimat sebab Vitamin C untuk kegunaan 6 bulan manakala Vitamin E untuk 4bulan. Sebulan xsampai RM50 pun tau. Berbaloi2..



Yunez Izzati
0126720464
SID tip top & meletop! 
Cod area bkt kapar, meru, setia alam, aman perdana, puncak alam, kapar, klang dan kawasan berhampiran. 

CoQHealth Plus Melancarkan Peredaran Darah

Bismillahirrahmanirrohim
Assalamualaikum w.b.t

CoQHealth™ Plus mengandungi kesemua proprietari semulajadi daripada campuran 28mg CoQ10 dengan Vitamin E dan ekstrak Teh Hijau yang didatangkan di dalam kapsul bioketersediaan minyak kacang soya bagi memastikan potensi penguraian maksimum dan penyerapan yang lebih baik.




CoQ10 telah ditunjukkan dapat:
• Menyokong penghasilan tenaga bagi jantung
• Menggalak dan melindungi arteri sihat terhadap 
  pengoksidaan LDL
• Meningkatkan peredaran darah
• Membantu menambah dan mengekalkan paras CoQ10 di 
  dalam darah


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, 
   mengubati, atau mencegah sebarang penyakit.




Yunez Izzati
0126720464
SID tip top & meletop!
Cod area bkt kapar, meru, setia alam, aman perdana, puncak alam, kapar, klang dan kawasan berhampiran

Sustained Release Vita-C PlusTM 500 mg

Bismillahirrahmanirrohim
Assalamualaikum w.b.t


Sumber Vitamin C Semulajadi yang Disalurkan Jam demi Jam

Tubuh kita sering kehilangan vitamin C semasa melakukan aktiviti harian.  Vita C dengan pelepasan berperingkat dapat membantu dalam menyalurkan vitamin C berterusan. Vita-C 500mg yang semulajadi ini membantu menyediakan vitamin C yang diperlukan tubuh.  Ia juga membantu dalam menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan tubuh badan.




*Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. 
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Yunez Izzati
0126720464
SID tip top & meletop!
Cod area bkt kapar, meru, setia alam, aman perdana, puncak alam, kapar, klang dan kawasan berhampiran


Misi Turunkan Berat Badan Selepas Bersalin

Bismillahirrahmanirrohim
Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah 13feb yang lepas saya telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang sihat dan sempurna sifat. Semoga menjadi anak yang soleh dan menjadi sebahagian saham mama dan ayah untuk hari akhirat kelak.


8 bulan da baby ye..


Di sebalik berita gembira ini, terdapat kesan akibat senangnya hati apabila disebut maka wujudlah makanan tersebut semasa mengandung, (bunyi cam mintak dari ajaib pun ada kan =p) maka kesannya bolehlah dinilai selepas anda bersalin ye. Almaklumlah, kita mengamalkan konsep rezeki anak jangan ditolak. Peningkatan kegembiraan adalah 13kg, manakala penurunan jarum timbang hanya 9kg..oh, tidak!!!..

Perkembangan ini hendaklah dikawal sebaiknya. Tapi, pilihan yang diambil hendaklah selamat, berkesan dan semulajadi. Saya mengambil keputusan untuk memilih esp + alfalfa + lecithin sebagai pemangkin dalam usaha menurunkan berat badan. Sebagai seorang penggemar tegar nasi, adalah agak mustahil untuk saya mengelakkannya. Jadi, saya menggunakan strategi bersarapan dan makan malam hanya dengan sesudu esp.  Manakala nasi hanya dinikmati pada waktu makan tengahari sahaja..sobbbs..bye nasi..




Walaupun hanya secawan esp, nafsu makan yang buas bak pak belang kebulur tu telah berjaya dikawal kerana ianya mampu untuk menampung keperluan perut dan badan sehingga waktu tengahari. Manakala jika makan malam, kadangkala saya masih merasa tidak kenyang dan masih mencari kudapan. Tidak lagi sejak saya mengamalkan esp pada waktu makan malam. Bangun pagi juga terasa lebih ceria.





Pengambilan alfalfa membantu menyingkirkan toksin dan membantu proses penghadaman. Manakala lecithin pula berfungsi untuk menyingkirkan, memecah dan membakar lemak-lemak tepu dalam badan dan pemakanan seharian. Set ni selamat ye untuk ibu menyusu. Tak mengganggu proses penyusuan sama ada susu berkurangan jika teknik yang betul dilakukan. 

Selepas sebulan, kerjasama dari timbang digital di klinik menunjukkan penurunan berat sebanyak 3kg. Biar lambat asal selamat. Ni yang lagi semangat nak teruskan. Untung-untung boleh cecah berat masa sekolah menengah dulu ke, hihi. Jangan lupa juga untuk melakukan senaman untuk menghasilkan bentuk tubuh yang lebih pejal.


Yunez Izzati
0126720464
SID tip top & meletop!
Cod area bkt kapar, meru, setia alam, aman perdana, puncak alam, kapar, klang dan kawasan berhampiran

Garlic Shaklee Melegakan Batuk, Selsema dan Melancarkan Peredaran Darah

Bismillahirrohmanirrohim..
Assalamualaikum w.b.t

Allisin adalah sebatian yang berasal daripada bawang putih dan berfungsi untuk banyak tindakan yang berfaedah.  Allisin tidak terdapat di dalam bawang putih biasa sebaliknya ia dihasilkan apabila bawang putih tersebut dipotong halus atau dihancurkan.  Bawang putih secara tradisinya digunakan untuk melegakan batuk, selsema dan membantu peredaran darah yang baik. 


Setiap tablet Garlic Shaklee mengandungi 500mg bawang putih.  
* Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. 
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegahsebarang penyakit.

Yunez Izzati
0126720464
SID tip top & meletop!
Cod area bkt kapar, meru, setia alam, aman perdana, puncak alam, kapar, klang dan kawasan berhampiran

Maksimakan Perlindungan Antioksidan Anda

Bismillahirrahmanirrohim
Assalamualaikum w.b.t

Kini kita memerlukan lebih perlindungan antioksidan berbanding dulu. Pencemaran, tededah kepada sinaran matahari, tekanan dan gaya hidup tidak sihat menghasilkan radikal bebas yang boleh merosakkan sel dan DNA tubuh. 

Shaklee menawarkan suplemen antioksidan yang kuat untuk melawan radikal bebas dan meningkatkan perlindungan badan.


Kebaikan:
  • Menguatkan sistem imun
  • Mengekalkan keremajaan kulit dan tubuh
  • Meningkatkan tahap kesihatan


Yunez Izzati
0126720464
SID tip top & meletop!
Cod area bkt kapar, meru, setia alam, aman perdana, puncak alam, kapar, klang dan kawasan berhampiran.

Membazir Ke Beli Suplemen?

Bismillahirrahmanirrohim
Assalamualaikum w.b.t


Suplemen adalah makanan tambahan yang membekalkan nutrisi keperluan tubuh seperti nutrisi yang kita peroleh daripada pemakanan seharian. Bagaimanapun, suplemen (makanan tambahan) tidak boleh menggantikan makanan harian, tidak boleh mengubati, mendiagnos dan mencegah penyakit. Sebaliknya suplemen (vitamin, mineral, herba etc) boleh diambil untuk membantu proses penyembuhan penyakit berlaku dengan lebih cepat dan berkesan.




Kenapa kita perlukan Suplemen?
  • Kita sering terdedah terhadap pencemaran alam sekitar dan radikal bebas yang menjejaskan kesihatan badan seperti dari suhu tinggi, cahaya matahari
  • Badan kita memerlukan dos yang lebih tinggi bagi sesetengah nutrien. hakikatnya nutrien hanya boleh didapati dari pemakanan.
  • Buah-buahan dan sayur-sayuran mungkin terjejas dan tercemar akibat racun serangga atau bahan kimia lain.
  • Mengamalkan gaya hidup tidak sihat seperti kurang bersenam dan merokok
  • Rutin pemakanan yang tidak seimbang.
  • Gangguan penyerapan nutrien dari makanan akibat pengambilan gula, garam dan kafein secara berlebihan
Akan tetapi, adakah khasiat yang diperoleh mencukupi? Sebagai contoh, sebiji Vitamin C Shaklee bagus untuk sistem imun, penghasilan kolagen dan kulit sihat mempunyai khasiat 7biji oren dengan harga lebih kurang 50sen. Sila tunjukkan lokasi yang menarik untuk saya berbelanja 7biji oren dgn harga tu ye. Kalau xdapat anda belanja saya, hihi..

Tiada masalah jika anda yakin anda mendapat nutrisi secukupnya untuk menampung keperluan tubuh dgn gaya hidup dan pemakanan seimbang, "TAHNIAH", anda memang hebat! Anda tidak perlu melabur untuk tahap kesihatan yang lebih baik. 

Bagi saya lebih baik mencegah dengan pengambilan suplemen lebih baik dari mengubati dengan rawatan kimia. Semoga kita lebih peka terhadap kesihatan untuk melakukan amal kebajikan ye.


Yunez Izzati
0126720464
SID tip top & meletop!
Cod area bkt kapar, meru, setia alam, aman perdana, puncak alam, kapar, klang dan kawasan berhampiran.

Rahsia Lelaki Cergas dan Perkasa

Bismillahirrahmanirrohim
Assalamualaikum w.b.t


Lelaki tidak terkecuali dalam menghadapi pelbagai masalah kesihatan seperti penyakit jantung, kencing manis, obesiti, strok dan sebagainya.
Ada diantara mereka yang mengalami perubahan hormon seawal usia 30tahun yang membawa kepada masalah kesihatan yang rumit seperti:

  • Mati pucuk
  • Pembesaran prostat
  • Lesu, kurang tenaga dan stamina




Set Kesihatan Lelaki membekalkan nutrisi terbaik untuk memenuhi keperluan harian.


Kebaikan:


  • Memelihara kesihatan prostat
  • Meningkatkan kecegasan dan kesihatan badan
  • Memelihara jantung agar lebih sihat
  • Membantu mengekalkan tekanan darah yang normal
  • Mengawal tahap kolestrol yang sihat




Yunez Izzati
0126720464
SID tip top & meletop!
Cod area bkt kapar, meru, setia alam, aman perdana, puncak alam, kapar, klang dan kawasan berhampiran.

Tingkatkan Sistem Imun Dan Perlindungan Tubuh Yang Lebih Kuat

Bismillahirrahmanirrohim

Assalamualaikum w.b.t

Setiap hari, tubuh sering terdedah kepada serangan bakteria, kuman dan virus yang mengancam sistem imun kita.


Nutrisi yang baik penting dalam menentukan kekuatan sistem imun. Shaklee menawarkan suplemen untuk menguatkan sistem imun dan perlindungan tubuh yang lebih baik. 

Kebaikan: 
  • Menguatkan sistem pertahanan
  • Membantu melawan demam selsema biasa
  • Menentang kerosakan akibat radikal bebas


Yunez Izzati
0126720464
SID tip top & meletop!
Cod area bkt kapar, meru, setia alam, aman perdana, puncak alam, kapar, klang dan kawasan berhampiran.