Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t
Kurus. Siapa taknak, kan? Semua orang nak kurus. Tapi sebelum anda cuba pelbagai produk menguruskan badan yang terdapat di pasaran (termasuklah yang akan saya ceritakan dalam entri-entri akan datang), anda kena faham apa yang dimaksudkan dengan berat badan berlebihan.
Ramai wanita-wanita (dan semakin ramai lelaki juga) merasakan diri mereka gemuk, sedangkan mereka sebenarnya memiliki berat badan sihat. Kenapa jadi begitu? Sebab dalam zaman metropolitan ini kita terbiasa disogok dengan idea kurus itu cantik. Kita terbiasa menilai orang yang memiliki lemak badan sebagai pelahap, tiada daya tahan diri dan mengalami masalah emosi. Sedangkan mereka sebenarnya selesa dengan diri, pemakanan dan gaya hidup harian mereka. Mereka tidak bergelut untuk kelihatan kurus tapi sebenarnya terseksa untuk mengekalkan berat dan bentuk badan yang memudaratkan kesihatan mereka. Jadi sebelum anda kategorikan diri anda gemuk tanpa sebab yang munasabah, ukur berat badan anda dan tentukan sama ada anda benar-benar gemuk atau ianya cuma dalam fikiran anda saja.
Anda juga rasa begitu? |
Adakah Berat Anda Berlebihan?
Hanya kerana badan anda tak sekurus model-model peragaan, jangan salah sangka kononnya anda gemuk. Anda boleh ukur sama ada anda memiliki berat badan yang sihat atau tidak dengan menggunakan indeks jisim badan (body mass index - BMI). Ingat! Kata kuncinya di sini ialah berat badan sihat, bukannya kurus.
Anda boleh mengira BMI menggunakan aplikasi yang disediakan di laman ini, atau anda boleh juga mengira sendiri menggunakan formula seperti berikut:
Contoh: Bagi seseorang dengan ketinggian 1.60 m dan berat badan 60 kg, BMI yang dikira ialah 60 / (1.6 x 1.6) = 23.48
Nilai BMI yang telah dikira boleh dirujuk kepada jadual di bawah untuk mengetahui sama ada berat badan anda kurang, ideal, berlebihan atau mungkin juga obesiti.
Standard kategori BMI |
Selamat mengira BMI masing-masing. Dan jangan sesekali merendahkan diri anda hanya kerana berat badan tak seimbang. Ada cara untuk mengatasinya. Dan paling penting sekali, bersyukur dan hargai nikmat kesihatan yang Allah swt beri. Jika anda memerlukan khidmat nasihat untuk menurunkan berat badan, Shaklee memberi tawaran menarik bulan ni. Cari zati k!
{Sumber}
Yunez Izzati
012-6720464
SID Tip Top & Meletop!
0 comments:
Catat Ulasan