Memaparkan catatan dengan label bertahlil. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bertahlil. Papar semua catatan

Amalan Sunnah Sebelum Tidur

Bismillahirrahmanirrohim
Assalamualaikum w.b.t
Hari ni terasa nak wat pesan khidmat masyarakat. Kadang diri sendiri alpa dalam menjadikan Al-Quran dan Sunnah sebagai panduan hidup. Hakikatnya tidaklah serumit mana untuk kita mengamalkannya. 
~ Empat Amalan Sebelum Tidur ~
Rasulullah SAW berpesan kepada Siti Aisyah ra.
“ Ya, Aisyah! Jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara iaitu :
1. Sebelum khatam al-Quran
2. Sebelum menjadikan para nabi bersyafaat untukmu di hari kiamat
3. Sebelum para muslimin meridhai engkau
4. Sebelum engkau melaksanakan haji dan umrah “

Bertanya siti Aisyah :
“Ya Rasulullah ! bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika? “

Rasul tersenyum dan bersabda :
1. “Jika engkau akan tidur , membacalah surat al –Ikhlas tiga kali
Seakan-akan engkau telah mengkhatamkan Al-Quran
” Bismillaahirrohmaan irrohiim,
‘Qulhuallaahu ahad’ Allaahushshamad’ lam yalid walam yuulad’ walam yakul lahuu kufuwan ahad’ ( 3x ) “

2. “Membacalah shalawat untukku dan untuk para nabi sebelum aku” maka kami semua akan memberimu syafaat di hari kiamat 
 Allaahumma shallii ‘alaa Muhammad wa’alaa aalii Muhammad ( 3x ) “

3. “Beristighfarlah” untuk para mukminin maka mereka akan meridhai engkau
“ Astaghfirullaahal adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum wa atuubu ilaih (3x )

4. Dan perbanyaklah “bertasbih, bertahmid , bertahlil dan bertakbir” maka seakan-akan engkau telah melaksanakan ibadah haji dan umrah
“ Bismillaahirrahmaan irrahiim, Subhanallaah Walhamdulillaah Walaailaaha illallaahu Allaahu akbar ( 3x )

ha..lepas tu jangan lupa baca doa tidur ye. Lagi elok jika sebelum landing tu ambil wudhuk dan sempat2kan baca Surah Al-Mulk. Bakal peneman kita bila di alam barzakh. Selamat beramal ye.