Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t
Zinc ni antara keperluan tubuh yang sering diabaikan. Padahal fungsinya banyak dan turut mempengaruhi kualiti kesihatan. Unicef dah kategorikan zinc ni sbg nutrisi penting. Sampai tahun 1997 masih ramai yg x sedar kepentingan zinc termasuklah rakyat negara maju tau. Meh nak share fungsi dan manfaat zinc untuk tubuh:
- mengaktifkan 200 jenis enzim
zinc berkebolehan menggabung DNA, RNA dan protein dan seterusnya merangsang pembentukan sel. Ia mengaktifkan 200 jenis enzim di dalam tubuh untuk memelihara metabolisma, gigi dan tumbesaran.
- membentuk kolagen
membantu pembentukan protein dan kolagen untuk pertumbuhan dan memperbaiki diabetis
- bintik putih di kuku
Ia petanda kekurangan zinc yang boleh membawa kepada depresi, lemah daya ingatan, kerap jatuh sakit, penyembuhan luka yang lambat, pembengkakan prostat, anemia
- mempertingkat sistem imun
membantu pengeluaran kelenjar thymus yang berfungsi mempertingkat sistem imun dengan pengeluaran T-cells yang menghalang kanser dan serangan penyakit.
- mempercepat pemulihan luka
luka luaran dan dalaman, selepas pembedahan, mengurangkan alergi dan bintik di kulit. Kesan lebih pantas dengan memghancurkan zinc dan taburkan serata ke atas luka.
- memperbaiki masalah prostat
memperbaiki masalah kerap kencing, dan benign prostatomegaly sebanyak 70% jika diamalkan secara konsisten
- kemampuan seks lelaki
meningkatkan tenaga dan kemampuan seks lelaki serta bilangan sperma yang terhasil
- ovulasi wanita
membantu penguncupan uterus mengembalikan daya ketahanannya
- memperbaiki radang kulit
termasuk resdung dan jerawat
- mengekalkan deria bau dan selera makan. Kenalpasti tau bila selera makan merudum terutama kanak-kanak.
Yunez Izzati
012-6720464
SID tip top & meletop!
0 comments:
Catat Ulasan