Mengaktifkan akaun bank untuk aplikasi atas talian ( online)

Bismillahirrahmanirrohim
Assalamualaikum w.b.t

Hai2..semenjak aplikasi online semakin meluas di Malaysia, mestilah saya pun berminat nak folo kan. Yang mana memberi manfaat, saya tak kan ketinggalan utk menjadi sebahagian darinya.

Percaya atau x, dalam sebulan sy hanya singgah di ATM utk mengeluarkan wang utk kegunaan seharian adalah maksimum 4x sebulan atau seminggu sekali. Tapi biasanya kurang dari tu. Urusan yg boleh dilakukan secara online sy akan bayar terus seperti pinjaman bank, ptptn, zakat, bil utiliti, topup dan sebagainya.

Saya agak kurang rajin utk berbaris dikaunter utk berurusan. Tu belum masuk lg kes susah nak cari parking, urusan dilakukan pd waktu rehat yg singkat. Manakala urusan tunai hanya utk mengisi minyak, belanja runcit dan duit poket.

Tapi, sebelum urusan boleh dilakukan secara online, anda hendaklah pergi mendaftar akses pengguna dan kata laluan di mana anda membuka akaun bank. Sebagai contoh, jika anda membuka buku bank dan mendapat kad ATM di cawangan klang, anda hendaklah memaklumkan ke kaunter khidmat pelanggan anda berminat utk mendaftar utk akses secara online. Mereka akan membantu anda.

Akan tetapi, anda hendaklah akses masuk akaun anda sekurang-kurangnya sekali setiap 3bulan utk mengelakkan akaun online anda ditutup. Selepas pengaktifan, anda boleh lakukan transaksi secara online utk byk urusan harian. Mudah kan? Jika anda peminat shoping online juga anda hanya perlu klik ke akaun anda utk pembayaran tanpa ke mesin deposit. Selamat mencuba =)

Yunez Izzati
0126720464

0 comments:



Catat Ulasan