Bismillahirrahmanirrohim
Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah..kita masih dipanjangkan umur dan diberi kesempatan utk menjalani ibadah puasa di bulan ramadhan pada tahun ini. Bukan calang2 org masih mendapat peluang ni tau. Mungkin sesetengah orang menghadapi keuzuran utk berpuasa seperti sedang berpantang atau berpenyakit yg boleh memudaratkan jika diteruskan.Lagi lak tahun ni puasa dan piala dunia bolasepak berjalan serentak, harap amalan pun seiring juga la ye.
Jadi hari ni rasa nak kongsi amalan2 yg boleh dilakukan sepanjang bulan ramadhan. Semoga istiqamah utk melaksanakannya.
1- solat fardhu berjemaah dan bertarawih
Masa ni lah nak curi peluang utk solat berjemaah ye. Contohnya pas sahur bolehla gerak ke masjid utk solat subuh. Tgh hari waktu rehat boleh siap sedia di masjid sebab xpayah kelam kabut nak makan. Pastu malam berjemaah isyak, sambung terawih dan witir kerana setiap mlm ganjaran berbeza dijanjikan utk sesiapa yg mengerjakannya.
2- mengaji
Nak kongsi strategi utk khatam Al-quran dlm masa sebulan adalah dgn mengaji 4 muka surat selepas setiap solat fardhu. Kalau lebih lagi bagus.
3- zikir, istighfar dan bersedekah
Basahkan lidah dgn zikir harian dan istighfar sekurang-kurangnya "Selawat, Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahuakbar" 33 kali sehari. Tingkatkan amalan sedekah kerana pahalanya dilipatgandakan dr bulan biasa. Lebih afdal jika dikongsi dgn insan dlm kesusahan dan anak yatim. Amalan ini juga insyaAllah akan membuka pintu rezeki utk kita.
4- mengawal diri dari marah dan mengumpat
Kita kalau lapar memanglah senang nak naik angin. Pastu bila nampak jiran beli perabut baru mulalah ahli mesyuarat tingkap beraksi. Tapi puasa kita hanya dapat lapar dan dahaga jika xmampu utk mengawal diri dari marah dan mengumpat.
5- menjaga pandangan dan nafsu
Haha..plg syok utk terkena batang hidung sendiri. Lagi2 bila dah rambang mata p jalan2 cari makan kat bazar kan. Sume nampak sedap dan nak beli. Pastu bila dah buka 2 jenis je yg dirasa. Anda macam tu x???
6- elakkan melakukan perkara lagha (sia2)
Contohnya adalah elakkan menonton rancangan hiburan, membaca gosip, melepak tanpa tujuan yg jelas atau mendengar lagu yg tidak membawa mesej utk kebaikan.
7- mengeratkan silaturrahim
Ha..utk yg selalu sibuk dan xsempat berkenalan dgn jiran tetangga, masa ni lah nak kongsi hasil skil masakan anda tu kan. Hulurlah semangkuk dua rezeki utk berbuka kat jiran dan saudara. Pastu borak2 lah sket utk ketahui perkembangan semasa di kawasan anda. Jangan sampai rumah kena rompak pun jiran xtau ne 1 tuan rumahnye ye.
Semoga perkongsian hari ini bermanfaat dan membantu utk sama2 meningkatkan amalan ye.
Salam Ukhwah,
Yunez Izzati
0126720464
SID tip top & meletop!
0 comments:
Catat Ulasan