Resipi: Keledek Goreng Rangup

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t

Buat pertama kalinya rasa nak kongsi resipi lak dengan anda semua. Sebelum ni beriya je tapi x tertulis pun, hihi..

Ok, resipi hari ni ialah Keledek Goreng Rangup.
Bahan-bahannya:
1. Secawan tepung gandum
2. Sebiji Telur
3. Secubit garam dan kunyit
4. Keledek


Kemudian, sila bancuh bahan 1, 2 dan 3. Pastikan tidak terlalu cair atau pekat ye. Selepas selesai bancuhan bolehlah masukkan keledek ke dalamnya ye.


Letakkan kuali ke atas dapur dan tuangkan minyak secukupnya. Panaskan minyak dan masukkan keledek tersebut untuk proses menggoreng. Jangan lupa terbalikkan tau masa menggoreng tu. Kang hangit pula sebelah, menangis x berlagu pula sebab kempunan nanti. 

Bila dah masak sila la tos dan letakkan tisu pada pinggan untuk menyerap minyak. Adik dok berulang keluar masuk makan keledek goreng ni. Selamat mencuba!




0 comments:



Catat Ulasan